Visi/Misi/Motto/Objektif

VISI DAN MISI ORGANISASI

VISI
Menjadi  Peneraju Pentadbiran dan Pembangunan masyarakat setempat melalui Transformasi menyeluruh menjelang 2017

MISI
 
Memacu agenda Transformasi ke arah pentadbiran daerah yang efisien dan pembangunan sosio-ekonomi mapam demi kemakmuran rakyat..



MOTO DAN OBJEKTIF ORGANISASI

MOTO 
Integriti, cepat dan kualiti ke arah kecemerlangan. 

OBJEKTIF


  •  Membangun penyampaian perkhidmatan awam melalui tadbir urus korporat, inovasi dan kreativiti yang berkualiti dan amalan mesra pelanggan dan rakyat.
  • Meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi ke tahap berprestasi tinggi, lestari, seimbang dan adil.
  • Meningkatkan imej perkhidmatan awam sebagai perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan cepat dalam mengatasi permasalahan pelanggan / rakyat.
  • Meningkatkan pembangunan ekonomi,sosial serta kualiti hidup rakyat secara adil dan saksama.



IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
    Kami , Pegawai awam Malaysia dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut ;

(1) Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.
(2) Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah.
(3) Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan    dan etika jabatan.
(4) Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah.
(5) Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam .
(6) Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

No comments:

Post a Comment