PERANAN PENGHULU DAN PEMBANTU TADBIR




PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAERAH PENDANG

·         Menjadi Ketua Pentadbir Mukim dan bertanggungjawab diatas segala hal mukim.
·         Menjadi orang perantaraan di antara kerajaan dan rakyat di peringkat mukim dengan menyampaikan maklumat-maklumat dari kerajaan kepada rakyat dan dari rakyat kepada kerajaan.
·         Menyelesaikan selisih faham dan perbalahan  diantara anak-anak buah dalam mukim. Menolong dan memberi kerjasama kepada seua jabatan-jabatan dan lain-lain agensi kerajaan.
·         Menghadiri setiap mesyuarat yang ianya dijemput dan patut hadir seperti Mesyuarat Majlis Ketua Kampung, Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Perayaan peringkat Kampung, Mukim, Daerah dan sebagainya.
·         Membuat penyiasatan dan laporan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pegawai daerah dan atau penolong-penolongnya.
·         Menghimpun penduduk kampung bagi tujuan majlis penerangan, dialog dan sebagainya. Menyampaikan arahan dan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung yang diperlukan  dengan kadar yang segera dan membawa orang-orang yang dikehendaki berjumpa dengan Pegawai Daerah  dan atau penolong-penolongnya.
·         Menjalankan segala tugas yang diarahkan oleh Pegawai Daerah dan atau penolong-penolongnya yang selain daripada yang tersebut diatas seperti menyampaikan surat-surat yang tidak dapat disampaikan melalui perkhidmatan pos dan sebagainya.


PENGHULU


Encik Md Isa bin Hj Mohd Ariff


Peranan dan tanggungjawab Institusi Penghulu di Kedah Darul Aman telah pun wujud sejak awal zaman Pemerintahan Beraja. Sehingga kini, institusi ini mengalami perubahan struktur dan organisasi mengikut peredaran masa.

Kini, perjawatan Penghulu sebagai Ketua Pemerintahan di peringkat Mukim bertanggungjawab penuh kepada Pegawai Daerah selaku Ketua Pentadbiran Tanah.

Penghulu merupakan Penjawat Awam yang ada hubungan terus dan terlibat secara langsung dengan rakyat di peringkat bawah.




PEJABAT PENGHULU
MUKIM GUAR KEPAYANG


      
                    
TUGAS/FUNGSI UTAMA:
  • Pembangunan manusia dan kemudahan asas dalam mukim.
  • Berkaitan Hal Ehwal Keagamaan.
  • Bidang Sosial dan Kemasyarakatan.
  • Bidang Ekonomi
  • Bidang Keselamatan
  • Pendidikan 


TUGAS DAN FUNGSI PEMBANTU TADBIR


Pn Fadzilah bt Saad


Pembantu Tadbir merupakan Penjawat Awam yang ditugaskan secara langsung sebagai pembantu tugas Penghulu Mukim  dan terlibat secara langsung dengan masyarakat di peringkat bawahan.

*  Pentadbiran Am Pejabat
*  Pemantauan Pentadbiran JKKP
*  Pengurusan Maklumat Mukim
*  Info Kemasyarakatan
*  Info Program Pembasmian Kemiskinan
*  Pembangunan Insan
*  Pembangunan Luar Bandar







No comments:

Post a Comment